Pada setiap kali tiba hari jumaat, penghulu segala hari atau juga hari raya mingguan umat islam, pasti akan tertanya diri sendiri, nak baca surah apa ni? nak baca surah apa ni?.... ada kata baca Yasin, ada kata baca Al Kahfi.
Cadangan saya baca kedua-duanya sekali. Yasin bersama tahlil dan Al Kahfi untuk dilindungi sehingga kepada jumaat yang akan datang.
Dan yang PENTING adalah bacaan anda hendaklah BERTAJWID. Jika Yasin pun tidak boleh kuasai bacaan bertajwid, apatah lagi surah-surah yang lain.
Belajarlah menguasai tajwid di dalam bacaan Al Quran anda kerana jika hanya belajar ilmu tajwid secara berasingan anda tidak akan nampak sepenuhnya hukum tajwid tersebut di dalam bacaan. Biasa tak? biasa tak?
Maka, rempuh sahajalah sampai semua bacaan kita penuh dengan luka-luka, sakit sana sini dan akhirnya tiada apa yang tinggal malah berdosa pula mungkin...huhu